MYCIKGU.COM
Pendidikan
Orang yang berilmu tidak mudah tertipu......
Zaman persekolahan adalah zaman paling menarik untuk pelajar dan remaja. Di situlah bermulanya pendidikan mereka untuk menjadi dewasa. Memang kadang kala sekolah ibarat tempat seksa yang tidak terhingga. Namun ada kala sekolah melakarkan kenangan paling manis semasa membesar bersama teman2.
Kenalan dari sekolah boleh menjadi teman seperjuangan sepanjang hayat. Kawan2 merupakan salah satu sumber utama pendidikan seseorang. Kawan2 lah yang memahami susah payahnya zaman persekolahan
Kehidupan manusia bermula dari lahirnya sebagai bayi. Dari ibu bapanyalah, seorang kanak2 itu mendapat pendidikan awalnya. Pengajiannya sebenarnya tidak pernah selesai kerana kehidupannya pula menjadi pendidik selepas zamannya dibangku sekolah.
Laman ini bertujuan memberi gambaran dan diskusi mengenai pendidikan secara am dan khusus untuk pelajar dan remaja. Zaman digital ini sudah jauh menjangkaui kemampuan pendidikan sebelum internet. Namun begitu, asas dan intipati pendidikan masih juga sama - ilmu adalah asas kepada keperibadian yang berjaya dan luhur.