MYCIKGU.COM
Panduan Kerjaya
MYCIKGU.COM
Memilih kerjaya bukanlah perkara yang mudah...
Apa itu Kerjaya?
Kerjaya adalah sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh seseorang bukan sahaja sebagai satu sumber pendapatannya tetapi juga merupakan manifestasi minat seseorang itu dalam menyumbang kepada pembangunan diri mahu pun masyarakat.
Kerjaya merupakan salah satu perkara terpenting dalam kehidupan insan. Ramai di antara kita yang kurang memberi perhatian kepada pemilihan kerjaya. Pelajar terutamanya hanya sibuk mengejar keputusan cemerlang dalam peperiksaan tanpa memikirkan langsung hala tuju masa depan mereka.
Pemilihan kursus2 asas yang relevan perlu untuk layak menceburi sesuatu jenis kerjaya. Kadang kala berlaku malah kerap juga berlaku di mana seseorang pelajar yang minat kepada sesuatu mendapati senarai lulus matapelajarannya adalah tidak cukup untuk mengikuti sesuatu kursus di institusi pengajian tinggi. Ini berlaku kerana pelajar berkenaan tidak bersedia dari awal untuk merencana pengajiannya kearah tersebut.
Di sini, Mycikgu.com akan memberi petunjuk dan panduan bagi sesiapa yang menginginkan pandu arah kepada kerjaya mereka. Matlamat seksyen ini adalah untuk menjadi pusat rujukan mudah bagi pelajar dan remaja yang masih tercari-cari minat dan kebolehan mereka untuk menghadapi zaman dewasa.